DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Monday, 19 September 2011

Melayu Miliki Takaful Masih Lagi Rendah

Menganggap caruman atau premium sebagai satu beban, menyebabkan ramai di antara masyarakat di negara ini masih memandang ringan terhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful. Di sebalik kekeliruan tersebut, hakikatnya takaful amat penting dalam membantu seseorang yang dalam kesusahan terutama di saat-saat kudratnya tidak mampu lagi digunakan untuk mencari sumber pendapatan. Realitinya pada hari ini, kesedaran mengenai kepentingan takaful masih lagi rendah di kalangan masyarakat terutamanya kaum MELAYU. Ia berbeza dengan kaum lain yang telah melihat kepentingannya (insurans) sejak 10 tahun lalu apabila mengetahui peranannya dalam memberi bantuan jika sebarang masalah atau musibah berlaku. Maka tidak pelik apabila ada pepatah melayu mengatakan "Malang Tak Berbau" atau "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Semua ini menuntut kepada perancangan masa depan secara bijak dari individu itu sendiri. 

Thursday, 8 September 2011

Buang Bapa, Kebas Wang!!!

MALANG...Wahid (tengah)  ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
LABUAN : Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.  Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit. Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya. Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

    Sumber : Metro Online

Ulasan :
Apala nak jadi dengan masyarakat kita sekarang nie? Minta jauhkan kita dari perkara-perkara macam nie. Sama2 doakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kedua ibubapa kita....