DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

TAKAFUL EDU

A Shariah-Compliant Investment-Linked Education Plan 
The Takafulink Education plan is specially designed to help you plan and accumulate education funds for your children. With just RM50.00 contribution per month, you are taking the first step to secure your children's future. This plan also provides additional reward for your children's excellent achievement in their SPM examination or its equivalent.
Muat Turun (Download) Brosur Takaful Education

Perjalanan yang Beribu Batu Jauhnya Bermula dengan Langkah yang Pertama…
Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan kita HARI INI. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak diperolehi dalam harga yang rendah.

Kebimbangan Saya dan Anda...
Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah; Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah yang pertama.  Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.

Penyelesaian...
Takafulink Education adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, Pelan Takafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan masa depan anak-anak anda.... TAHNIAH!

Plan Takaful Education memberikan anda "Peace of mind" untuk dana pendidikan anak-anak... 
Faedah Plan :

Perlindungan
Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa. Sekiranya berlaku Kematian, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum usia 25 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan berubah-ubah mengikut prestasi asas dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.

Manfaat Elaun
Pencapaian SPM

Manfaat ini akan dibayar dari dana pemegang saham berdasarkan konsep Hibah (sebagai hadiah dari Pengendali Takaful kepada Peserta-peserta) dan merujuk kepada budi bicara mutlak Pengendali Takaful. Jumlah maksimum yang akan dibayar di bawah manfaat ini dihadkan kepada RM 1,000. Jadual pembayaran adalah seperti berikut;

Keputusan SPM
Manfaat akan dibayar (RM)

5A’s
RM500

8A’s
RM1,000

Manfaat Tambahan Pilihan Takafulink Education

1.    Manfaat Pencarum 






2.    Pengecualian Caruman akibat penyakit berbahaya.

Mengecualikan caruman dalam keadaan di mana pencarum meninggal dunia, hilang upaya keseluruhan dan kekal atau didiagnos akibat penyakit berbahaya.

Mengecualikan caruman pada sijil asas apabila Ahli Dilindungi didiagnos dari mana-mana 46 penyakit berbahaya.



Sekiranya saudara/saudari memerlukan Plan Takaful Education yang menyeluruh dan lebih komprehensif sila klik TAKAFUL COMBO bagi mengetahui dengan lebih lanjut.