DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Monday 19 September 2011

Melayu Miliki Takaful Masih Lagi Rendah

Menganggap caruman atau premium sebagai satu beban, menyebabkan ramai di antara masyarakat di negara ini masih memandang ringan terhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful. Di sebalik kekeliruan tersebut, hakikatnya takaful amat penting dalam membantu seseorang yang dalam kesusahan terutama di saat-saat kudratnya tidak mampu lagi digunakan untuk mencari sumber pendapatan. Realitinya pada hari ini, kesedaran mengenai kepentingan takaful masih lagi rendah di kalangan masyarakat terutamanya kaum MELAYU. Ia berbeza dengan kaum lain yang telah melihat kepentingannya (insurans) sejak 10 tahun lalu apabila mengetahui peranannya dalam memberi bantuan jika sebarang masalah atau musibah berlaku. Maka tidak pelik apabila ada pepatah melayu mengatakan "Malang Tak Berbau" atau "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Semua ini menuntut kepada perancangan masa depan secara bijak dari individu itu sendiri. 

Buntu Tanggung Kos Rawatan

Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an hingga 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan. Menurut AKPK, angka tersebut adalah 26 peratus daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang sebelum ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang.

Jumlah itu dipercayai terus meningkatkan berdasarkan gaya hidup dan kecenderungan rakyat negara ini dihinggapi pelbagai penyakit berikutan faktor persekitaran dan tekanan kerja. Selain berhutang akibat kos rawatan yang tinggi, statistik AKPK mendedahkan, sebanyak 25 peratus gagal mengurus kewangan dengan cekap manakala 15 peratus menggunakan kad kredit di luar kawalan. kes berhutang untuk rawatan perubatan ini diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah menanggung penderitaan akibat sakit, ditambah pula hutang perlu diselesaikan selain tanggungan kos rawatan susulan. Ketua Pegawai eksekutif AKPK berkata, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan. Pada 2007, sebanyak 18 peratus sahaj yang melibatkan hutang bayaran perubatan dirujuk kepada AKPKdan kini meningkat kepada 26 peratus. 

Kebanyakan mereka, terjebak akibat menggunakan kad kredit untuk mendapat rawatan awal. Hospital-hospital swasta enggan menerima mana-mana pesakit yang tidak mempunyai deposit. Cara paling mudah, mereka terpaksa gunakan kad kredit. Ada juga situasi di mana pesakit terpaksa menjelaskan keseluruhan bil rawatan menggunakan kad kredit, namun tidak membayar balik hutang yang dibuat.

Ulasan:

Kenapa perlu kita perlu berhutang untuk tujuan di atas, sedangkan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikannya secara bijaksana. dapatkan TAKAFUL COMBO di mana plan ini mengandungi manfaat 3 dalam 1, PERLINDUNGAN + PERUBATAN + SIMPANAN. Semuanya dalam 1 PLAN yang mudah. Anda mampu mengubahnya!

Wednesday 14 September 2011

KOS RAWATAN PENYAKIT KRITIKAL???

Klik untuk besarkan imej

Cuba lihat senarai kos rawatan terkini penyakit-penyakit kritikal. Siapa kata kos rawatan perubatan masih murah? Kalau tak, masakan hamper 30% rakyat Malaysia yang MUFLIS adalah disebabkan tak mampu nak bayar bil hospital yang melambung tinggi. Kenaikan bil hospital ini adalah di luar kawalan kita disebabkan oleh kemajuan teknologi dalam bidang pengimejan dan diagnostic perubatan. Bayangkan kenaikan inflasi bil hospital sekarang 15% - 30% SETIAP TAHUN!. INFLASI, inflasi jugak! Kita nak merungut, merungutlah jugak. Tapi bersediakah kita? Jangan dah terkena nanti baru nak kelam kabut, masa tu kita boleh tahu siapa kawan kita. Kalau kita kena sakit jantung, ada ker kawan nak sumbangkan pada kita RM80K untuk menampung kos rawatan? Saya GERENTI kebanyakan kawan-kawan kita hanya mampu berdoa dan bersimpati. Adakah itu mencukupi buat kita?

Tuesday 13 September 2011

Pemenang Pertama dan Satu-Satunya dari Malaysia!

Alhamdulillah, MAA Takaful telah memenangi Financial Insights Innovation Award (FIIA) - Insurance, baru-baru ini di Singapura. Tahniah!. Dan yang lebih menakjubkan, satu-satunya pemenang dari MALAYSIA! Innovation in Sales Automation and Agency Management (iCMS) merupakan satu tools yang digunakan oleh para consultant MAA Takaful dalam memudahkan kerja-kerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut. Proud to be MAA Takaful Consultant! Joint us NOW!

Klik Pemenang Pertama dan Satu-Satunya dari Malaysia.

Thursday 8 September 2011

Buang Bapa, Kebas Wang!!!

MALANG...Wahid (tengah)  ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
LABUAN : Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.  Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit. Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya. Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

    Sumber : Metro Online

Ulasan :
Apala nak jadi dengan masyarakat kita sekarang nie? Minta jauhkan kita dari perkara-perkara macam nie. Sama2 doakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kedua ibubapa kita....

Wednesday 7 September 2011

Statistik Ops Sikap 24, Tahun 2011


KUALA LUMPUR: Berbaki sehari lagi, Ops Sikap-24 mencatatkan 26 lagi kematian pada hari ke-14, dengan pengguna motosikal merupakan mangsa korban tertinggi apabila menyumbang kepada 17 kes di seluruh negara semalam.
Laman web Polis Bukit Aman hari ini, turut melaporkan tujuh kematian membabitkan pengguna kereta, satu van serta seorang pejalan kaki dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 280 orang.