DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Monday 19 September 2011

Buntu Tanggung Kos Rawatan

Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an hingga 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan. Menurut AKPK, angka tersebut adalah 26 peratus daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang sebelum ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang.

Jumlah itu dipercayai terus meningkatkan berdasarkan gaya hidup dan kecenderungan rakyat negara ini dihinggapi pelbagai penyakit berikutan faktor persekitaran dan tekanan kerja. Selain berhutang akibat kos rawatan yang tinggi, statistik AKPK mendedahkan, sebanyak 25 peratus gagal mengurus kewangan dengan cekap manakala 15 peratus menggunakan kad kredit di luar kawalan. kes berhutang untuk rawatan perubatan ini diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah menanggung penderitaan akibat sakit, ditambah pula hutang perlu diselesaikan selain tanggungan kos rawatan susulan. Ketua Pegawai eksekutif AKPK berkata, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan. Pada 2007, sebanyak 18 peratus sahaj yang melibatkan hutang bayaran perubatan dirujuk kepada AKPKdan kini meningkat kepada 26 peratus. 

Kebanyakan mereka, terjebak akibat menggunakan kad kredit untuk mendapat rawatan awal. Hospital-hospital swasta enggan menerima mana-mana pesakit yang tidak mempunyai deposit. Cara paling mudah, mereka terpaksa gunakan kad kredit. Ada juga situasi di mana pesakit terpaksa menjelaskan keseluruhan bil rawatan menggunakan kad kredit, namun tidak membayar balik hutang yang dibuat.

Ulasan:

Kenapa perlu kita perlu berhutang untuk tujuan di atas, sedangkan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikannya secara bijaksana. dapatkan TAKAFUL COMBO di mana plan ini mengandungi manfaat 3 dalam 1, PERLINDUNGAN + PERUBATAN + SIMPANAN. Semuanya dalam 1 PLAN yang mudah. Anda mampu mengubahnya!

No comments:

Post a Comment