DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Monday 19 September 2011

Melayu Miliki Takaful Masih Lagi Rendah

Menganggap caruman atau premium sebagai satu beban, menyebabkan ramai di antara masyarakat di negara ini masih memandang ringan terhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful. Di sebalik kekeliruan tersebut, hakikatnya takaful amat penting dalam membantu seseorang yang dalam kesusahan terutama di saat-saat kudratnya tidak mampu lagi digunakan untuk mencari sumber pendapatan. Realitinya pada hari ini, kesedaran mengenai kepentingan takaful masih lagi rendah di kalangan masyarakat terutamanya kaum MELAYU. Ia berbeza dengan kaum lain yang telah melihat kepentingannya (insurans) sejak 10 tahun lalu apabila mengetahui peranannya dalam memberi bantuan jika sebarang masalah atau musibah berlaku. Maka tidak pelik apabila ada pepatah melayu mengatakan "Malang Tak Berbau" atau "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Semua ini menuntut kepada perancangan masa depan secara bijak dari individu itu sendiri. 

Ketika ini terdapat pelbagai plan Takaful ditawarkan oleh syarikat Takaful seperti takaful peribadi, takaful kemalangan dan takaful perubatan di pasaran. Hakikatnya wujud tanggapan berbeza terhadap ejen insurans di negara luar dan ejen Takaful di Malaysia. Ejen insurans di negara luar dianggap sebagai penyelamat kerana mereka membawa cek kepada pemegang insurans ketika sakit, kemalangan atau berlaku kematian. Namun di Malaysia, ejen Takaful dianggap sebagai jurujual yang menjadi mimpi ngeri seolah menggangu hidup mereka tanpa menyedari kepentingan takaful itu sendiri. Perkara ini berlaku adalah disebabkan kerana kurangnya pendidikan kewangan yang berkesan. Jika kesedaran telah muncul sebelum berkeluarga, mungkin kini seseorang itu tidak perlu membayar caruman yang tinggi akibat pelaburan dalam takaful semasa bujangnya  

No comments:

Post a Comment