DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Monday 5 December 2011

Rukun Islam Kelima - Menunaikan Haji


Rukun Islam Kelima - Menunaikan Haji

Menunaikan Haji adalah Rukun Islam yang kelima, dan ia menjadi satu kewajipan bagi umat Islam yang mampu. Menyimpan duit untuk ke Tanah Suci adalah satu usaha yang murni dan ianya harus diteruskan, tetapi langit tidak selalunya cerah. Sesuatu yang tidak diingini mungkin berlaku. Kehilangan upaya atau kematian di usia awal  boleh menyebabkan usaha murni anda untuk menyimpan duit ke Tanah Suci terhenti dan sudah tentu hajat ke Tanah Suci terkubur. Kami di MAA Takaful ada JAMINAN PENYELESAIANNYA

Lindungi Hasrat Murni Anda Dengan Produk Perlindungan Syariah dari MAA Takaful
SIMPANAN Sebanyak RM100 Sebulan

  • RM34,000 Pelaburan (Simpanan Haji dan Umrah) selepas 20 tahun. Walaubagaimanapun pengeluaran tunai boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat baki akaun simpanan mestilah tidak kurang dari RM1,000
  • RM5,000 dibayar untuk Badal Haji (Upah Haji), Qurban dan Wakaf bagi pihaknya jika pemilik sijil takaful meninggal dunia awal sebelum sempat menunaikan Fardhu Haji
  • RM60,000 jika berlaku musibah (sebarang punca) ke atas diri anda, akan DIHIBAHKAN kepada keluarga
  • RM50,000 jika berlaku musibah di Tanah Suci ke atas diri anda, akan DIHIBAHKAN kepada keluarga
  • Simpanan Percuma sehingga umur 80 tahun jika Pemilik Sijil disahkan mengidap Penyakit Kritikal
  • RM2,000 Khairat Kematian dibayar dalam masa 24 jam
  • RM70 Elaun Kemasukan Hospital (Sehari)

SEKADAR RENUNGAN, DI MANA PILIHAN SIMPANAN UNTUK MENUNAIKAN NIAT MURNI ANDA DAN APAKAH HIBAH (HADIAH) ANDA KE ATAS DIRI SENDIRI DAN KELUARGA SEKIRANYA BERLAKU PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DI INGINI?

SIMPANAN SEBULAN RM100.00
ASB
(Akaun Simpanan Biasa)
ASLB
(Akaun Simpanan Luar Biasa) 
-Takaful Hajj-
Tujuan Simpanan
Menunaikan Haji Dan Umrah
@
Lain-Lain Tujuan
Menunaikan Haji Dan Umrah
@
Lain-Lain Tujuan
Simpanan (Pelaburan)
Mempunyai Akaun Simpanan (Pelaburan)
Mempunyai Akaun Simpanan (Pelaburan)
*Sila rujuk anggaran pulangan di atas
Cth : Jumlah simpanan yang akan diperolehi selepas SETAHUN jika ditakdirkan berlaku Musibah (Hilang Upaya Kekal atau Kematian)
Dapat Simpanan Semasa Sahaja
RM100 x 12 bulan
(+-RM1,200.00)
Dapat Simpanan Semasa + RM60,000.00
Untuk Dihibahkan kepada Anda dan Keluarga
Sekiranya anda tidak berkesempatan melaksanakan ibadah haji disebabkan kematian awal, ada pihak yang menguruskan Badal Haji (Upah Haji), Qurban Dan Wakaf untuk anda?
Tiada
MAA Takaful akan menguruskan Badal Haji, Wakaf dan Qurban untuk ibadah anda sebanyak RM5,000.00
Berlaku Musibah (Hilang Upaya Kekal Atau Kematian) Akibat Sebarang Punca
RM0.00
RM60,000.00
Berlaku Musibah (Kemalangan) Di Tanah Suci Sehingga Menyebabkan Kematian
RM0.00
RM50,000.00
Simpanan Percuma Sekiranya Didiagnos Mempunyai Penyakit Kritikal
Tiada
MAA Takaful Akan Ambil Tanggungjawab Menyimpan Untuk Anda Sehingga Umur 80 Tahun (Simpanan anda akan berterusan)
Khairat Kematian
RM0.00
RM2,000.00
Elaun Kemasukan Hospital (Sehari)
RM0.00
RM70.00
Pelepasan Cukai Pendapatan
Tiada
Ada

Kini anda boleh merancang untuk menyimpan dengan lebih effisen dan tenang dengan Pelan perlindungan berkait Pelaburan dari MAA Takaful. Hubungi kami untuk maklumat yang lebih terperinci.

Nota : Maklumat ini hanya untuk kegunaan dalaman sahaja. Terma dan syarat diperlukan. Illustrasi adalah lelaki berumur 25 tahun dan tidak merokok. Pulangan pelaburan adalah pada anggaran 9% setahun.

Monday 19 September 2011

Melayu Miliki Takaful Masih Lagi Rendah

Menganggap caruman atau premium sebagai satu beban, menyebabkan ramai di antara masyarakat di negara ini masih memandang ringan terhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful. Di sebalik kekeliruan tersebut, hakikatnya takaful amat penting dalam membantu seseorang yang dalam kesusahan terutama di saat-saat kudratnya tidak mampu lagi digunakan untuk mencari sumber pendapatan. Realitinya pada hari ini, kesedaran mengenai kepentingan takaful masih lagi rendah di kalangan masyarakat terutamanya kaum MELAYU. Ia berbeza dengan kaum lain yang telah melihat kepentingannya (insurans) sejak 10 tahun lalu apabila mengetahui peranannya dalam memberi bantuan jika sebarang masalah atau musibah berlaku. Maka tidak pelik apabila ada pepatah melayu mengatakan "Malang Tak Berbau" atau "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Semua ini menuntut kepada perancangan masa depan secara bijak dari individu itu sendiri. 

Buntu Tanggung Kos Rawatan

Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an hingga 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan. Menurut AKPK, angka tersebut adalah 26 peratus daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang sebelum ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang.

Jumlah itu dipercayai terus meningkatkan berdasarkan gaya hidup dan kecenderungan rakyat negara ini dihinggapi pelbagai penyakit berikutan faktor persekitaran dan tekanan kerja. Selain berhutang akibat kos rawatan yang tinggi, statistik AKPK mendedahkan, sebanyak 25 peratus gagal mengurus kewangan dengan cekap manakala 15 peratus menggunakan kad kredit di luar kawalan. kes berhutang untuk rawatan perubatan ini diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah menanggung penderitaan akibat sakit, ditambah pula hutang perlu diselesaikan selain tanggungan kos rawatan susulan. Ketua Pegawai eksekutif AKPK berkata, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan. Pada 2007, sebanyak 18 peratus sahaj yang melibatkan hutang bayaran perubatan dirujuk kepada AKPKdan kini meningkat kepada 26 peratus. 

Kebanyakan mereka, terjebak akibat menggunakan kad kredit untuk mendapat rawatan awal. Hospital-hospital swasta enggan menerima mana-mana pesakit yang tidak mempunyai deposit. Cara paling mudah, mereka terpaksa gunakan kad kredit. Ada juga situasi di mana pesakit terpaksa menjelaskan keseluruhan bil rawatan menggunakan kad kredit, namun tidak membayar balik hutang yang dibuat.

Ulasan:

Kenapa perlu kita perlu berhutang untuk tujuan di atas, sedangkan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikannya secara bijaksana. dapatkan TAKAFUL COMBO di mana plan ini mengandungi manfaat 3 dalam 1, PERLINDUNGAN + PERUBATAN + SIMPANAN. Semuanya dalam 1 PLAN yang mudah. Anda mampu mengubahnya!

Wednesday 14 September 2011

KOS RAWATAN PENYAKIT KRITIKAL???

Klik untuk besarkan imej

Cuba lihat senarai kos rawatan terkini penyakit-penyakit kritikal. Siapa kata kos rawatan perubatan masih murah? Kalau tak, masakan hamper 30% rakyat Malaysia yang MUFLIS adalah disebabkan tak mampu nak bayar bil hospital yang melambung tinggi. Kenaikan bil hospital ini adalah di luar kawalan kita disebabkan oleh kemajuan teknologi dalam bidang pengimejan dan diagnostic perubatan. Bayangkan kenaikan inflasi bil hospital sekarang 15% - 30% SETIAP TAHUN!. INFLASI, inflasi jugak! Kita nak merungut, merungutlah jugak. Tapi bersediakah kita? Jangan dah terkena nanti baru nak kelam kabut, masa tu kita boleh tahu siapa kawan kita. Kalau kita kena sakit jantung, ada ker kawan nak sumbangkan pada kita RM80K untuk menampung kos rawatan? Saya GERENTI kebanyakan kawan-kawan kita hanya mampu berdoa dan bersimpati. Adakah itu mencukupi buat kita?

Tuesday 13 September 2011

Pemenang Pertama dan Satu-Satunya dari Malaysia!

Alhamdulillah, MAA Takaful telah memenangi Financial Insights Innovation Award (FIIA) - Insurance, baru-baru ini di Singapura. Tahniah!. Dan yang lebih menakjubkan, satu-satunya pemenang dari MALAYSIA! Innovation in Sales Automation and Agency Management (iCMS) merupakan satu tools yang digunakan oleh para consultant MAA Takaful dalam memudahkan kerja-kerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut. Proud to be MAA Takaful Consultant! Joint us NOW!

Klik Pemenang Pertama dan Satu-Satunya dari Malaysia.

Thursday 8 September 2011

Buang Bapa, Kebas Wang!!!

MALANG...Wahid (tengah)  ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
LABUAN : Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam. Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.  Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit. Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya. Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

    Sumber : Metro Online

Ulasan :
Apala nak jadi dengan masyarakat kita sekarang nie? Minta jauhkan kita dari perkara-perkara macam nie. Sama2 doakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kedua ibubapa kita....

Wednesday 7 September 2011

Statistik Ops Sikap 24, Tahun 2011


KUALA LUMPUR: Berbaki sehari lagi, Ops Sikap-24 mencatatkan 26 lagi kematian pada hari ke-14, dengan pengguna motosikal merupakan mangsa korban tertinggi apabila menyumbang kepada 17 kes di seluruh negara semalam.
Laman web Polis Bukit Aman hari ini, turut melaporkan tujuh kematian membabitkan pengguna kereta, satu van serta seorang pejalan kaki dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 280 orang.

Tuesday 2 August 2011

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan

Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Friday 15 July 2011

Parah Bil Hospital

Parah Bil Hospital : Ramai Hutang Kad Kredit, Bank Untuk Jelaskan Kos Perubatan Swasta Yang Tinggi

parah-bil-hospital



KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan. Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman. Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 billion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu  mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan. 


Thursday 14 July 2011

Hikmah dan Falsafah Haji


SEBELUM dibincangkan tajuk seperti ini, perlu dikemukakan beberapa definisi hikmah dan falsafah. Mengikut Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: “Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan dengannya.” Untuk memahami pengertian dan definisi hikmah dengan mendalam, dikemukakan di sini definisinya.

Pada bahasa, ia diambil daripada kalimah hakama, dengan maksud tegahan. Justeru, dengan maksud tegahan daripada kezaliman. Hikmah pula membawa maksud tegahan daripada kejahilan.

Definisi Falsafah

Al-Jurjani dalam al-Ta‘rifat (216) berkata: “Falsafah ialah menyerupakan dengan Tuhan mengikut kemampuan manusia untuk menghasilkan kebahagiaan yang abadi, sebagaimana yang diperintah oleh Rasulullah SAW yang bersifat benar. Ini selaras dengan kenyataannya yang bermaksud: “Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah SWT.”

5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara

Rasulullah S.A.W bersabda:
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara
  1. MUDA SEBELUM TUA
  2. SIHAT SEBELUM SAKIT
  3. KAYA SEBELUM MISKIN
  4. LAPANG SEBELUM SIBUK
  5. HIDUP SEBELUM MATI
ANDA, Sebagai seorang yang BIJAK dan PANDAI. Adakah anda telah membuat perancangan untuk Anda dan Keluarga Anda. Anda sayangkan  diri anda dan keluarga anda tetapi sejauh mana kasih sayang tersebut sekiranya anda tidak mula merancang dari sekarang. Langkah Besar anda bermula dengan Langkah Kecil anda hari ini.
Renung-renungkan dan selamat beramal....

NILAI SEBUAH KELUARGA DAN NILAI SEBUAH KERETA


Melakukan penilaian pada sesuatu yang subjektif memang agak susah. Namun apakah nilai kereta dan keluarga? Ramai tidak sedar, mereka menilaikan kereta lebih dari diri mereka dan keluarga? Saya tidak menyatakan yang kereta tidak penting, keretalah yang membantu kita bergerak mencari rezeki, namun ada perkara lebih penting yang perlu kita fikirkan bersama. Bukan semua, namun ramai. Mari kita nilaikan bersama sama…

Breast Cancer - Pembunuh Wanita Nombor 1

Ramai wanita di Malaysia tidak memahami apa itu kanser buah dada, namun kanser buah dada adalah salah satu pembunuh wanita nombor satu di Malaysia. Kos rawatan kanser buah dada memakan berpuluh puluh ribu, dan tidak ramai yang mampu menanggung bil perubatan ini. Jika anda memerlukan satu plan MEDICAL CARD yang mudah dan bayaran bulanan yang serendah RM50+ dan yang lebih penting 100% cashless dan NO CO-PAYMENT, hubungi saya. Berikut adalah info mengenai kanser buah dada.
(Sumber: http://www.malaysiaoncology.org/article.php?aid=114)