DAPATKAN MEDICAL CARD ANDA HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Wednesday 7 September 2011

Statistik Ops Sikap 24, Tahun 2011


KUALA LUMPUR: Berbaki sehari lagi, Ops Sikap-24 mencatatkan 26 lagi kematian pada hari ke-14, dengan pengguna motosikal merupakan mangsa korban tertinggi apabila menyumbang kepada 17 kes di seluruh negara semalam.
Laman web Polis Bukit Aman hari ini, turut melaporkan tujuh kematian membabitkan pengguna kereta, satu van serta seorang pejalan kaki dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 280 orang.
Laman web itu melaporkan, 10 kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, enam di jalan bandaran, dua di jalan negeri, dua di lebuh raya dan satu di lain-lain jalan. Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 585 kes diikuti jalan persekutuan (396 kes), jalan negeri (247 kes), lebuh raya (89 kes) dan jalan-jalan lain (83 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,400 kes.
Menurut laman web itu juga, dalam operasi semalam, sebanyak 12,690 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Ops Sikap ke-24 yang bermula 23 Ogos lalu sempena Aidilfitri, akan berakhir hari ini. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian Online
Ulasan :
Jelas pada hari ini, kita sentiasa berhadapan dengan risiko seperti kemalangan. Tak kirala masa perayaan atau tak raya. Kadang-kadang, macam manapun kita berhati-hati semasa memandu, orang lain pulak yang ikut suka hati, memandu tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Apa yang penting, kita sebagai hambaNya kenalah selalu mohon perlindungan dan keselamatan dari Allah S.W.T. Selain itu juga, anda sebagai seorang yang BIJAK dan PANDAI, buatla perancangan awal seperti memiliki pelan kemalangan diri (PA) yang mampu dimiliki sebagai asas perlindungan sebagai asas perlindungan. Kata orang "Sesuatu yang Besar, Bermula dari Sesuatu yang Kecil". Anda mampu mengubahnya!

No comments:

Post a Comment